Selamat Pagi Cikgu

murid : selamat pagi, cikgu.


cikgu : (menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat??


murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu !


cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


murid : Selamat sejahtera cikgu!


cikgu : Sama-sama, duduk. Dengar sini baik baik.hari ini saya nak uji kamu semua tentang perkataan berlawanan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham ??


murid : Faham cikgu!


cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


murid : (senyap)


cikgu : pandai !
murid : bodoh !


cikgu : tinggi !
murid : rendah !

cikgu : jauh !
murid : dekat !


cikgu : keadilan !
murid : UMNO !


cikgu : salah !
murid : betul !


cikgu : bodoh !
murid : pandai !


cikgu : bukan !
murid : ya !


cikgu : oh tuhan !
murid : oh hamba !


cikgu : dengar ini !
murid : dengar itu !


cikgu : diam !
murid : bising !


cikgu : itu bukan pertanyaan, bodoh !
murid : ini ialah jawapan, pandai !


cikgu : mati aku !
murid : hidup kami !


cikgu : rotan baru tau !
murid : akar lama tak tau !


cikgu : malas aku ajar kamu !
murid : rajin kami belajar cikgu !


cikgu : kamu gila !
murid : kami siuman !


cikgu : cukup ! cukup !
murid : kurang ! kurang !


cikgu : sudah ! sudah !
murid : belum ! belum!


cikgu : mengapa kamu semua bodoh sangat ??
murid : sebab saya seorang pandai !


cikgu : oh melawan !
murid : oh mengalah !


cikgu : kurang ajar !
murid : cukup ajar !


cikgu : habis aku !
murid : kekal kami !


cikgu : O.K. pelajaran sudah habis !
murid : K.O. pelajaran belum bermula !


cikgu : sudah, bodoh !
murid : belum, pandai !


cikgu : berdiri !
murid : duduk !


cikgu : saya kata UMNO salah !
murid : kami dengar keadilan betul !


cikgu : bangang kamu ni !
murid : cerdik kami tu !


cikgu : rosak !
murid : baik !


cikgu : kamu semua ditahan tengahari ini !
murid : dilepaskan tengah malam itu !


Lalu cikgu tersebut senyap dan mengambil buku-bukunya keluar dari kelas itu.. =)

2 comments: