heh.,smart en ?
Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak ke mana-mana. Pada suatu hari, MASALAH berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah ke mana tanpa pengetahuan 2 orang rakan karibnya. Setelah 2 hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari tentang kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH saja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa dalam balai polis...)
BODOH : selamat pagi, tuan.
POLIS : selamat pagi. ada apa yang boleh saya tolong ??
BODOH : saya datang hendak membuat aduan tuan.
POLIS : oh...begitu. siapa nama awak ??
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : apa ?
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : tolong ulang sekali lagi !! (dengan nada marah)
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : apa kena dengan awak ni hah ?? mana perginya sopan-santun awak ??
BODOH : ada di luar tuan.
POLIS : hish !! budak ni..!! adakah awak datang sini untuk mencari masalah ke ??
BODOH : ya tuan. bagaimana tuan tahu ??
POLIS : arrrrghh..!! (bengang smbil menarik narik rambutnya)
suke cite ny..haha:)
ReplyDeletesian doe polis tuh. haha XD
ReplyDelete