VALENTINE : Pencemar Cinta

salam everyone~!

arinieh 27/5/2011...just nak share pasal tarikh nieh , 14/2..kenapa semua mengagung - agungkan VALENTINE? xde ape pown..cuma menjadi mencemar cinta ada la...

Valentine, hanya mengubah hati menjadi hitam.

Ah… hari ni 14 Februari. Hari yang sering diagung-agungkan manusia sebagai hari cinta sedunia, hari kekasih, hari untuk saling cinta mencintai. Ramai orang memilih tarikh ini menjadi tarikh bersejarah dalam hidup mereka. Tidak kiralah untuk kali pertama dating, untuk melamar, untuk bertunang, untuk berkahwin dan sebagainya.

Perayaan yang datangnya daripada orang agama lain, akhirnya diikuti oleh masyarakat sedunia. Tidak terkecuali rakyat Malaysia yang saya cinta.

Namun hakikat yang kita terlepas pandang adalah, apakah benar Valentine itu cinta? Hari kekasih?

Saya kira, Valentine ini mencemarkan erti cinta yang sebenar.

Kita pulang pada sejarah

Ramai orang, bila Valentine datang, mereka akan menceritakan kisah orang Islam teraniaya dan ditipu, maka hari itu diangkat menjadi Hari Valentine. Hakikatnya untuk menyambut kejatuhan orang Islam.

Em… Saya telah mengkaji sejarah dan saya tidak menjumpai maklumat yang sah berkenaan hal itu.

Tetapi yang saya jumpa, adalah tiga versi berikut yang dikatakan mendekati sohih:

1. Versi pertama adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.

2. Versi Kedua menceritakan bahawa Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan puteri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah surat yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.”

3. Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan: “Dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu surat ini.” Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “dengan nama tuhan Ibu” dengan kalimat “dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.”
Apa Valentine?

Pokoknya, sama ada versi cerita orang Islam teraniaya, atau versi kisah Valentine dari katolik yang tiga itu, tetap penghujungnya adalah sama: Valentine bukan perayaan orang Islam.

Valentine itu sendiri muncul dari nama seorang paderi Kristian.

Di sini saya ingin bertanya: Di manakah hak muslim menyambutnya?

Kalau ada yang bertanya kepada saya, maka apakah boleh seorang Islam menyambut Valentine? Maka saya akan nyatakan bahawa hukumnya adalah tidak boleh. Kita boleh menghormati orang agama lain menyambutnya, tetapi kita sebagai orang Islam tidak menyambutnya.

Tambahan pula, bagaimana sambutan Valentine itu? Cuba terangkan?

Valentine hanya membuka pintu kepada kemungkaran, agar terkuak dengan lebih besar. Hubungan lelaki perempuan yang tidak terkawal dan akhirnya mengheret kepada kehancuran moral, nasab keturunan dan diri.

Valentine itu merendahkan cinta

Saya sentiasa menganggap bahawa cinta itu bersih, suci dan menyenangkan. Cinta itu menyembuhkan, memberikan kelapangan dan ketenangan.

Dengan cinta dan kasih sayang Allah yang tidak terhingga, kita masih hidup diberi peluang untuk bertaubat, di samping di beri nikmat tidak terkira banyak. Dengan cinta dan kasih sayang Rasulullah, kita hari ini dapat mereguk nikmat iman dan Islam hasil perahan keringat dan darah baginda. Dengan cinta dan kasih sayang ibu bapa, hari ini kita dapat hidup dan membesar menjadi seorang manusia. Dengan cinta dan kasih sayang guru, hari ini kita dapat berdiri di mana kita berdiri.
Cinta antara dua kekasih yang bersih, tidak melaksanakan apa yang Allah larang, menjaga segala hukum hakam agama, berhubungan dengan baik dan cantik, memahami bahawa cinta mereka itu dibina untuk membina ummah yang baik, mereka menjaga cinta mereka sebegitu cantik adalah kerana faham akan tarbiyah anak itu bermula semenjak dari perjalanan mencari pasangan, maka itu adalah cinta yang agung dan bersih. Manusia yang tidak berada atas jalan cinta yang betul, tidak akan memahami keagungan cinta ini, dan kemahalannya.

Tetapi Valentine, merosakkan cinta. Menghapuskan kebersihan di dalamnya. Mengisi cinta dengan perkara-perkara tidak bermakna. Lantas cinta dipandang kotor, jijik dan menggelikan. Hari ini, kalau dikatakan cinta, orang akan melihat itu adalah sesuatu yang murah. Jika diletakkan di dalam novel, dikatakan pop. Jika ditulis, dikatakan benda murahan.

Kenapa? Kerana cinta itu telah dimurah-murahkan dalam kehidupan insan.

Hubungan bebas itu cinta? Sentuh-sentuhan sebelum halal itu cinta?

Apakah namanya cinta jika membawa ke neraka?

Saya tidak mengerti.

Hukum menyambut Valentine

Usul penyambutan Valentine adalah terang-terangan haram. Sebagaimana haramnya menyambut tahun baru, christmas, deepavali dan apa juga perayaan yang lain.

Kita orang Islam tidak sesekali menyambutnya. Cuma kita hanya menghormati sesiapa yang menyambutnya dengan penghormatan sebagai manusia dengan manusia. Tetapi menyambutnya? Kita tidak sesekali menyambutnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah dari kaum tersebut” Hadith riwayat Tarmidzi.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil yahudi dan nasrani itu menjadi pemimpin-pemimpin kamu. Sebahagiam mereka memimpin sebahagian yang lain. Barangsiapa antara kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk pada mereka yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 51.

Perayaan Valentine ini sah-sah bukan daripada Islam. Rasulullah SAW tidak merayakannya. Para sahabat juga tidak merayakannya. Para tabi’in dan tabi’ tabi’in juga tidak merayakanna. Ditambah lagi perayaan ini membuka pintu kepada maksiat seperti ikhtilat dan zina, maka sesungguhnya perayaan ini menjadi satu perayaan yang terkeluar dari sambutan orang Islam.

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Islam mendidik kita bercinta dengan cinta yang bersih. Bercinta atas paksi keimanan. Bercinta dengan lunas-lunas dan peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi Valentine mengajar kita apa?

Sampai bila kita hendak mengotorkan cinta?


Saya sentiasa percaya bahawa cinta itu tidak sekotor yang manusia selama ini anggap. Saya sentiasa percaya cinta itu bersih dan menyenangkan.

Sebab itu saya amat membenci perbuatan-perbuatan yang mengotorkan cinta. Saya amat membenci pada ruang-ruang yang merendahkan harga cinta.

Ketahuilah, saya tidak pernah mengiktiraf apa-apa sahaja bentuk ‘cinta’ yang terkeluar daripada batas-batas yang telah Allah SWT tetapkan. Tidakkah kamu berfikir akan zuriat kamu selepas ini?

Saya tidak faham. Kamu bercinta kerana apa sebenarnya? Main-main?

Sampai bila kita hendak mengotorkan cinta?

Sampai bila?

 by  Hilal Asyraf

No comments:

Post a Comment